Monday, June 24, 2019

BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Masalah buli di sekolah bukanlah isu baru di negara kita malah di seluruh dunia. Mengikut Deklarasi Kandersteg yang ditandatangani di Switzerland pada 2007, dianggarkan terdapat kira-kira 200 juta murid sekolah di seluruh dunia menjadi mangsa buli atau dera oleh rakan sebaya. Kajian buli di Malaysia telah dirintis oleh Dr. Noran Fauziah Yaakub yang telah membuat kajian menyeluruh di sekolah-sekolah di Malaysia untuk melihat hingga ke akar umbi punca dan kesan masalah buli ini.


DEFINISI BULI
Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

Maksud lain: tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.


Menurut Profesor Ken Rigby (2008), buli adalah "sebuah hasrat untuk menyakiti. Hasrat ini diperlihatkan ke dalam aksi menyebabkan seseorang menderita. Dilakukan secara langsung sama ada individu mahupun secara berkelompok dan dilakukan secara senang(sengaja)"

JENIS-JENIS BULI
Buli Fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli Mental
Lebih kepada ejek-mengejek. Jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI GEJALA BULI

a)Pihak pentadbir sekolah dan guru sedar dan ambil tindakan segera
Buat laporan jika berlaku gejala buli supaya insiden dapat direkodkan.
Tidak sembunyikan kes buli yang berlaku.

b)Peranan Pelajar
Memilih rakan yang baik akhlaknya.
Diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan yang baik.
Tidak bergaul dengan rakan yang mempunyai masalah disiplin.

c) Mengadakan sesi kaunseling
tertumpu kepada pelajar bermasalah.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Bantuan emosi awal kepada mangsa buli.

d) Hukuman yang setimpal dikenakan kepada pembuli
Digantung sekolah.
Diberi sesi kaunseling sehingga menimbulkan kesedaran.
Dihantar ke sekolah Juvana jika melibatkan kematian.


Peranan Media Massa
Merupakan cara yang berkesan untuk mendidik manusia /  berupaya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran manusia
Iklan-iklan yang dipertontonkan  juga haruslah mempunyai moral yang tinggi.
Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat              daripada tontonan umum.
Media juga perlu memaparkan  filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buli.

Peranan Kerajaan
Kempen kesedaran
menganjurkan program-program kesedaran kepada kelompok-kelompok tertentu seperti ibu bapa, golongan pendidik dan remaja secara berterusan dan bukannya bermusim bagaikan hangat-hangat tahi ayam (U) – contoh kempen kesedaran – ‘Katakan Tak kepada Buli’ atau ‘Benci Buli, Rakyat Maju’
Memberikan kesedaran secara berterusan – mangsa buli dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif dan drastik dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.



Peranan Ibubapa
Pendidikan anak-anak sepatutnya dimulakan dari dalam rumah. Ia sepatutnya bermula dengan pentarbiahan jiwa anak-anak.
Golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.
Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna.
Pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah
Contoh: Bapa pelajar berkenaan berinisiatif untuk membuat pertemuan dengan ibu bapa atau penjaga lain yang terlibat dan berbincang  untuk mencari penyelesaian terbaik kepada semua pihak yang terlibat

Peranan Masyarakat
Sikap ambil berat
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling
Mencegah bila berlaku di depan mata
Hilangkan sikap mementingkan diri sendiri


 

Kesan Masalah Buli 
Terhadap Masyarakat

Gangguan Emosi

  • Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri.
  • Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi.

Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga.
Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak.

Kecederaan Fizikal
Perlakuan buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal merupakan buli yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal seperti pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak teranjang yang boleh mengakibatkan kecederaan.
Selain itu, buli fizikal juga boleh mengakibatkan kematian.


Hilang Keyakinan Diri
- Perbuatan buli ini akan memberi kesan sama ada kepada pembuli ataupun mangsa buli. Kesan luaran yang paling ketara yang akan dialami oleh pembuli ialah pembuli akan mempunyai rekod yang buruk di sekolah dan akan menjejaskan kehidupannya setelah meningkat dewasa.
- Mangsa buli juga akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah psikilogi. Mereka akan hilang keyakinan diri serta tiada matlamat hidup dan mereka juga akan berasa takut untuk hadir ke sekolah.
- Selain itu, ada di antara mereka yang akan mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna lagi.

Kesan Negatif Terhadap Pembangunan Negara
ü Melahirkan generasi yang memiliki sifat-sifat ganas dan kehilangan rasa perikemanusiaan lalu cenderung menindas orang lain sehingga terbawa-bawa ke peringkat umur yang akan datang.
ü Kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara terjejas bukanya dari anasir luar tetapi dari generasi sendiri yang bakal menggantikan pucuk pimpinan akan datang.
ü Perbuatan buli memberi kesan kepada Negara.Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut dan ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku.Banyak wang akan dikeluarkan oleh kerajaan melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang diperuntukkan terlalu besar,jadi Negara menjadi mundur.

No comments:

Post a Comment

BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...