Monday, June 24, 2019

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT?


  • Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks.
  • Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.

BENTUK JALINAN 3 DIMENSI INTERAKSI SEKOLAH

FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN SEKOLAH
  • Di sekolahtiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinaninteraksi ialah pihak pentadbir, guru, murid.
  • Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolahibu bapadan komuniti dalam masyarakat.
  • Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.
  • Misalnya faktor-faktor seperti kelas sosialetnikdan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.

  • Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinanperanan paraguru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepadapencapaian dan sahsiah murid di sekolah.
  • Bagi interaksi dalaman sekolahsituasi pengajaran dan pembelajaranditentukan oleh kepimpinan yang berkesanKepimpinan yang berkesanmampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaianakademik dan sahsiah. 
  • Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru danbegitulah sebaliknya.


HUBUNGAN ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK DI LUAR SEKOLAH
  • Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat.
  • Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.
  • Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah.
  • Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. 




PERKONGSIAN PINTAR
Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
  • mencapai matlamat atau objektif yang sama
  • gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat 
  • perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.


MATLAMAT PERKONGSIAN
  • Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian.
  • Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbulkeraguan dan salah faham.)
  • Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah danmasyarakat dalam mengatasinya.


KEPENTINGAN PERKONGSIAN
  • Masyarakat dan SekolahSaling memerlukan
  • Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
  • Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. 
  • Budaya adalah hak masyarakat


HUBUNGAN SEKOLAH & IBUBAPA (PIBG)

  • Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
  • Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalahsebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
  • Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketikabertugas).
  • Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibubapa dengan guru.
  • Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihaksekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
  • Kepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan.
  • Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar mindamenarik minat danmemberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar.
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
  • Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesankepada kemajuan dan pencapaian sekolah
  • Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang
  • Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan.
  • Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangankita bukanlah penghalang.
  • Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan.
  • Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.  
Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...