Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu topik. Sumber yang ada haruslah dimanfaatkan sepenuhnya agar hasil yang diperoleh adalah seperti yang diharapkan. Ransangan daripada pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan
dihidu.
Terdapat beberapa isi penting dalam pengurusan sumber ini. Antaranya ialah pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru disekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalahsebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid-murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar masing-masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video. Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya bila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Selain itu, guru perlu memainkan peranan yang penting bagi menanam minat membaca dalam kalangan murid. Dengan membaca pelbagai jenis buku, murid akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang juga boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak guru perlu menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai seperti mengadakan melaksanakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru, PSS perlu membina koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran sepanjang hayat.
Kesimpulannya, sumber pengajaran dan pembelajaran khasnya alat pandang-dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti PdP dengan tujuan memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran. Kesemua sumber, jika digunakan dalam proses PdP yang sesuai akan bertindak sebagai ransangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Pembelajaran yang
berasaskan sumber juga boleh melibatkan murid secara aktif dalam sesi pembelajaran berbanding
murid yang hanya mendengar jika tiada sumber digunakan.
No comments:
Post a Comment