Sunday, June 9, 2019
BAB 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Apa itu pengurusan? Pengurusan bermaksud perancangan, pengelolaan, pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat. (Jamaliah abdul hamid, Norashimah Ismail, 2005). Suatu proses mendapatkan penyertaan kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal. Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. (Syukur, 1988). Apa itu pembelajaran? Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang. Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia.
Terdapat tiga isi penting dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar yang pertama ialah :
1)Mengawal peraturan bilik darjah.
Guru perlu memastikan pelajar mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan. Guru juga perlu mengawal aktiviti berkumpulan. Ini dapat mengelakkan pelajar membuat bising sewaktu PdPC. Guru juga perlu mengawal pelajar yang mengalami masalah peribadi. Guru perlu memberi kaunseling yang sewajarnya untuk menaikkan semangat pelajar. Mengawal suasana bilik darjah juga perlu dilakukan oleh guru untuk mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak mengganggu proses pembelajaran.
2) Merancang.
Guru perlu merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Merancang juga sebagai alat bantu mengajar yang lebih berkesan. Guru juga perlu merancang aktiviti penilaian kepada pelajar. Merancang merupakan pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar lebih faham dan jelas kerana merancang ini adalah strategi dan kaedah pengajaran yang efektif.
3) Pengalaman.
Hal ini berkaitan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar. Ulang pelajaran yang lepas dengan membuat sesi soal jawab kerana ia membantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan. Merancang dan mencabar minda pelajar dengan soalan yang bervariasi mampu memupuk pelajar untuk memberikan idea, membuat ramalan berdasarkan kajian dan mencabar tahap intelek mereka. Gagne (1974) ada menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan pemikiran, perubahan kebolehan, perubahan tingkah laku dan ia memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna.
Kesimpulannya, setiap guru berfungsi sebagai pengurus dalam hal ehwal yang berlaku di dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan PdPC berjalan dengan lancar di dalam kelas dan menetapkan peraturan untuk mengawal keadaan pelajar. Bilik darjah merupakan satu ruang yang penting untuk menjayakan proses pembelajaran dan menarik minat pelajar untuk menambah ilmu. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal tingkah laku pelajar dan bukan sekadar bertugas sebagai penyampai ilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...
-
Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antar...
-
Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu...
No comments:
Post a Comment