Sunday, June 9, 2019
BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
(Kamaruddin, 1994) mengatakan Interaksi bilik darjah bererti tindak balas yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Menurut Kolaborasi Ilmu (2012) pembelajaran pula ialah suatu gerak balas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Pembelajaran ialah suatu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku. Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. (Ned Flanders, 1963) merumuskan dua pertiga daripada semua pelajaran yang diperhatikan adalah dalam bentuk percakapan, dua pertiga daripada percakapan oleh guru dan dua pertiga dari percakapan guru adalah berbentuk syarahan.
Terdapat empat jenis interaksi dalam bilik darjah iaitu :
1) Interaksi Sehala
Interaksi sehala ini merupakan kaedah mengajar cara lama dan pasif yang mana pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru sama ada secara arahan atau penerangan. Guru jenis ini amalkan pendekatan autoritarian iaitu pelajar tiada kuasa untuk berinteraksi dgn pelajar lain. Perkara ini secara tidak langsung kurang mengembangkan pemikiran pelajar.
2) Interaksi Dua Hala
Interaksi ini berlaku sama ada guru bertanya kepada pelajar dan mereka menjawab atau sebaliknya, akan tetapi tiada interaksi di antara rakan sekelas. Interaksi pasif seperti ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka.
3 ) Interaksi Kumpulan
Guru hanya sebagai pemudah cara. Interaksi sebegini bertujuan untuk menggalakan pelajar supaya lebih aktif iaitu dengan memberikan kerja kumpulan kepada mereka. Dengan cara ini, mereka dapat
bertukar pandangan dan mampu memupuk nilai kerjasama, hormat-menghormati, toleransi dan perpaduan terutamanya apabila terdapat pelbagai bangsa di dalam kelas tersebut dan interaksi di antara ahli kumpulan.
4) Interaksi Antara Kumpulan
iaitu setelah melakukan perbincangan di dalam kumpulan pelajar akan membentangkan hasil perbincangan tersebut dan kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan yang membentang.
Kesimpulannya, interaksi memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Segala jenis maklumat yang sampai kepada pelajar adalah melalui interaksi. Oleh itu para guru perlu cakna dan pakar dalam menggunakan kaedah interaksi yang betul dalam menguruskan bilik darjah serta menggunakan teknik komunikasi yang berkesan supaya para pelajar rasa selesa untuk bergaul dengan guru dan rakan-rakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...
-
Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antar...
-
Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu...
No comments:
Post a Comment