| Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah
| Dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh
| Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa.
Konsep Bimbingan
Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
Konsep Kaunseling
Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.
Elemen PENTING dalam Kaunseling
1. Kaunseling adalah profesion
2. Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
3. Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
4. Kaunseling dilakukan mengikut teori.
5. Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.
6. Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.
Konsep Psikoterapi
Secara tradisional psikoterapi berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic, internal, isu-isu personal dan konflik.
Ciri-ciri psikoterapi secara tradisional :
1 . Memberi penekanan kepada masa lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi menggunakanistilah psikoterapi.
Psikoterapi melibatkan pesakit yang berada di setting ( out patient and in patient ) yang melibatkan penempatan seperti hospital sakit jiwa.
Beza bimbingan dan kaunseling Bimbingan adalah membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya manakal kaunseling membantu individu membuat perubahan. Di awalnya, bimbingan berlaku di sekolah iaitu guru membantu pelajarmembuat keputusan. Kini, bimbingan adalah satu bahagian dari keseluruhanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Definisi Kaunseling
Menurut Mizan Adillah dan Halimatun Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Justeru itu, kaunseling diertikan sebagai proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN
*PERKHIDMATAN MEMBERI MAKLUMAT
*PERKHIDMATAN PENEMPATAN
*PERKHIDMATAN MENCEGAH PENYALAHGUNAAN DADAH
*PERKHIDMATAN PERUNDING DAN RUJUKAN
*PERKHIDMATAN PENYELARASAN SUMBER
*PERKHIDMATAN PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
*PERKHIDMATAN PENILAIAN
Perkhidmatan Memberi Maklumat
l Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada murid-murid. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.
l Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi
Perkhidmatan Penempatan
- Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya.
- Penempatan pekerjaan:
(a) menjadi penyelaras menempatkan murid-murid mengikuti program pengalaman bekerja jika program seperti ini diadakan
(b) membantu Bahagian Pendidikan Vaksional dan Teknik dengan membekalkan data tentang murid-murid lepasan sekolah vakasional dan teknik
Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
l Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah
l Memberi pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan
l Memberi bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam sekolah selepas tamat pemulihan
l Membuat penilaian dan memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah
Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
l Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid
l Berunding dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah
l Menolong pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebih mendalam akan program bimbingan di sekolah
Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
l Menjadi penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid di antara sekolah dengan agensi-agensi luar
l Menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
l Merancang dalam menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dalam komuniti tempatan.
Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu-Bapa
l Mengadakan hubungan dengan ibu bapa murid-murid untuk bersama mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam pelajaran
l Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa
l Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid
l Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid berpunca dari keluarga.
Perkhidmatan Penilaian
l Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
l Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan
JENIS-JENIS KAUNSELING
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
Kaunseling Akademik
Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan percapaian
Kaunseling Kerjaya
Menolong murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada awal lagi.
Kaunseling Peribadi
Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat
Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana
Kaunseling Kelompok
Kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
Menurut Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling kelompok merupakan suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang baru.
Tujuan KAUNSELING :
1. Menyelesaikan masalah jangka pendek
2. Mendapat celik akal
3. Tingkah laku positif
4. Mencapai kebebasan psikologi
5. Bertindak logik
6. Perkembangan optimum
7. Penyelesaian
8. Mewujudkan perhubungan sihat
Fungsi Bimbingan :
ü Memahami
ü Preventif
ü Pengembangan
ü Penyembuhan
ü Penyaluran
ü Penyesuaian
ü Penambahbaikan
ü Pemeliharaan
Fungsi kaunseling :
ü Celik akal
ü Memberi maklumat
ü Mengatasi konflik
ü Membuat keputusan
ü Memberi sokongan
Etika Kaunseling
v Satu tatasusila atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam memberi pertolongan kepada individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Ianya juga merupakan satu peraturan yang harus dilaksanakan oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak klien.
v Secara amnya etika kaunseling merangkumi 3 ciri utama :
a) Menggariskan satu bentuk peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan peruntukan sistem yang dibenarkan
b) Satu manual kerja atau prosedur tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan proses tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi nilai-nilai murni didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang diperoleh adalah untuk memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada kaunselor dan klien (Nordin,2000).
KOD TATA LAKU KAUNSELOR
l kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti dan integriti profesion kaunseling.
l kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
l kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
l kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
l kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
l mengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri
l kaunselor hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui penyelian lazim dan sokongan perunding.
No comments:
Post a Comment