Sunday, June 9, 2019
BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH PAK21
Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah ialah persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Terdapat beberapa isi penting untuk pengurusan bilik darjah antaranya ialah aktiviti pengajaran berkumpulan, aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, pengurusan sumber, dan penyediaan bahan.
Isi penting yang pertama ialah aktiviti pengajaran berkumpulan. Menurut L.M. Smith (1969) pengajaran berkumpulan merupakan unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang berinterksi diantara satu sama lain, mempunyai nilai-nilai yang sama dan saling bergantung di antara mereka. Pengajaran secara berkumpulan merupakan satu kelompok atau pasukan yang mengandungi beberapa orang murid yang bertinkahlaku sama terlibat dalam proses pembelajaran.
Selain itu, isi penting yang kedua ialah aktiviti pengajaran individu. Aktiviti ini berasakan kepada kebolehan dan peserta si individu. Hal ini bertujuan memperkembangkan potensi individu.
Seterusnya, isi penting yang ketiga ialah pusat pembelajaran. Pusat pembelajaran ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan dan dibina mengikut kreativiti guru dan pelajar. Tujuan pusat pembelajaran ini adalah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal. Oleh itu, ruang pusat pembelajaran ini diuruskan secara usaha sama antara guru dan murid.
Isi penting yang keempat ialah pengurusan sumber. Pengurusan sumber merupakan satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Tujuan proses ini adalah mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar, menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar.
Isi penting yang terakhir ialah penyediaan bahan pengajaran. Bahan pengajaran adalah apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran. Tujuan penyediaan bahan pengajaran adalah untuk membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar. Hal ini dapat membantu murid memahami apa yang diajar.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah ini dapat menyediakan peluang pembelajaran yang efektif kepada pelajar. Hal ini dapat membuka pintu kepada pembelajaran masa hadapan dan memahami konsep-konsep penting. Justeru pengurusan bilik darjah ini mampu menyediakan pelajar kepada pemikiran aras tinggi. Oleh itu, pengurusan bilik darjah ini dapat memperkaya cara belajar pelajar-pelajar pintar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...
-
Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antar...
-
Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu...
No comments:
Post a Comment