Monday, June 24, 2019

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

APA ITU PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA?


  • Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya(Amir200).
  • Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmupengetahuankepercayaankesenian, moral, undang-undangadat dansebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahlimasyarakat (Tylor 1871).
  • Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalahsaling berkaitan (Bourdieu 1990).
  • Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah.
  • Budaya sekolah juga merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf dalam satu kumpulan.
  • Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.
  • Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa hadapan mereka.
  • Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak, idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu.
  • Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal.

DEFINISI PELBAGAI BUDAYA?
  • Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. 

TEORI PELBAGAI BUDAYA?
















TEORI MELTING POT 1 : ANGLO CONFORMITY
  • Masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.
  • Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
  • Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
  • Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi
TEORI POT 2 : ETHNIC SYNTHESIS 

  • Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
  • Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
  • Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
TEORI CULTURAL PLURALISM : MOSAIC ANALOGY
  • Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnikbahasadan budaya tersendirimemiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secarademokratik.
  • Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentutermasuk identiti budaya kelompok minoriti.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?

  • Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).
  • Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.
  • Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.
  • Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha1997).
  • Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
  • Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.


3 ASPEK PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?

  • Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
  • Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
  • Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.


DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?

  • Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
  • The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
  • An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial.
  • Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
  • An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.


DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA?


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH?

CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA:


Banks (1989)
  • Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
  • Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
  • Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.

Najeemah (2007)
  • Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
  • Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
  • Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.




PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA DI SEKOLAH:
  • Kelab Rukun Negara
  • Kem Perpaduan
  • Program Silang Budaya
  • Kelab Bahasa Ke3

No comments:

Post a Comment

BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...