Monday, June 24, 2019

BAB 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

APA ITU PELBAGAI UPAYA?


Kepelbagaian = Pelbagai Jenis
Upaya = Kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara.

→Menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar.

→Menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.  


APA ITU PEMULIHAN?
  • Pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal.
  • Ia bukan disebabkan kecacatan tetapi disebabkan akibat dari gangguan dalam diri (psikologi).
  • PROGRAM PEMULIHAN KHAS disediakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk muridyang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankanoleh guru yang khususdi ruang yang khusus.”
  • Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukarandalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktorpersekitaran dan bukan kognitif”.
KONSEP Pemulihan?

  • Mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkinsupaya tidak kronik.
  • Perbezaan minatpengalamanbakat dan gaya belajar mengakibatkansegolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiranberbanding rakan sebayanya
  • Melalui program khusus, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi.

CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN?

  • Rendah diri
  • Pasif
  • Cepat bosan
  • Malas
  • Lemah pemahaman
  • Kerap tidak hadir sekolah
  • Mengganggu rakan

PERANAN GURU?

  • Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainanmengikut personaliti murid.
  • Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid

APA ITU PENGGAYAAN?

  • Aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar.
  • Ianya amat berlainan daripada pembelajaran kemahiran asas, mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman serta memperkembangkan kemahiran yang sedang dipelajari.
  • Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung denganperkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secaramendatar
  • Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhanadalam penguasaan kemahiran asas.
  • Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
  • Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

OBJEKTIF PENGGAYAAN?
  • Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehanmereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapatmembantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka

JENIS-JENIS PENGGAYAAN?

  • Pengayaan (mendataradalah aktiviti yang berdasarkan kepadakebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
  • Pengayaan (menegakadalah aktiviti yang berdasarkan minat danbakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja
Pengayaan mendatar
Pengayaan Menegak
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan


APA ITU BERKEPERLUAN KHAS?

  • Pelajar bermasalah pembelajaran - kesulitan dalam akademik, ketidakaturan dalam bahasa dan penuturan, kesulitan dalam proses pemikiran.
  • Pelajar pintar cergas - Murid yang dikenalpasti mempunyai kebolehan dan pencapaian yang melebihi paras normal berbanding murid yang sebaya.

CIRI-CIRI PINTAR CERDAS?

  • Perbendaharaan kata yang lebihluas.
  • Mempunyai kematangan dari segipenggunaan istilah.
  • Keistimewaan dalam matematik.
  • Mencari kesempurnaan kendiri.
  • Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah.
  • Petah berkomunikasi.

APA ITU PELBAGAI KECERDASAN?
  • Konsep pelbagai kecerdasan merujuk kepada pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui.
  • Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
  • Memperkenalkan  jenis kecerdasan untuk mengukur tahapkecerdasan individu.
  • Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunansemata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakananbudayapersekitaranpeluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
JENIS-JENIS PELBAGAI KECERDASAN?
  • Kecerdasan logik-matematik
  • Kecerdasan verbal-linguistik
  • Kecerdasan Muzik
  • Kecerdasan Kinestetik Badan
  • Kecerdasan Interpersonal
  • Kecerdasan Intrapersonal
  • Kecerdasan Ruang Visual
  • Kecerdasan Naturalis
  • Kecerdasan Eksistensialis
Secara kesimpulannya, pelajar pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaranpada kelajuan yang sesuaikerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapaipotensinyaWalaubagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnyadiasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkanpengasingan social (social isolation) kepada merekaKesedaran sosial datangbersama pengalamanMenurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuaiuntuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil(10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitifkelajuan yang sesuaidanpeningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyakdan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran

No comments:

Post a Comment

BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...