Monday, June 24, 2019
BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH
Apa itu bilik darjah? Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru (Leonard & Karen, 1996). Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah ada tiga iaitu unsur fizikal, sosial, dan emosi. Faktor yang pertama ialah unsur fizikal. Unsur fizikal terbahagi kepada tiga iaitu penyusunan bilik darjah, peralatan yang lengkap, dan pencahayaan dan pengudaraan. Penyusunan bilik darjah ini amat penting kepada pelajar kerana ia akan mempengaruhi PdPC di dalam kelas. Penyusunan bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan fokus pelajar di dalam kelas. Pelajar akan lebih seronok untuk belajar. Peralatan yang lengkap juga merupakan unsur fizikal kerana ia dapat memberi kemudahan kepada pelajar untuk belajar. Ini membolehkan pelajar akan belajar dengan lebih selesa.
Tambahan pula, pencahayaan dan pengudaraan juga penting kerana pengudaraan yang baik dapat memenuhi kehendak kesihatan. Hal ini dapat menghasilkan keselesaan. Selain itu, faktor yang kedua pula ialah unsur sosial. Maksud interaksi ialah pengaruh atau aksi dua hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain. Terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala, dan interaksi pelbagai hala. Faktor yang terakhir ialah unsur emosi. Guru yang paling berjaya ialah orang yang mampu menangani perasaan negatif dalam bentuk yang autentik, benar dan sihat (Ng Kim Choy, 2004). Faktor emosi dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses P&P. Terdapat tiga gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire. Gaya kepimpinan autokratik ialah mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mewujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. Gaya kepimpinan demokratik pula adalah berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya desakan bagi menghasilkan P&P yang lebih menarik dan menyeronokkan. Akhir sekali, gaya kepimpinan laissez-faire adalah kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar-kacir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra.
Kesimpulannya, guru-guru mestilah mempunyai gaya kepimpinan yang betul agar kelas dalam keadaan yang terkawal. Oleh itu, guru yang tidak dapat mengawal emosinya akan menyebabkan pelajar yang menerima akibat dan proses P&P tidak dapat berjalan dengan lancar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...
-
Pengurusan bilik darjah merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antar...
-
Proses mengajar murid bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu...
No comments:
Post a Comment