Sunday, June 9, 2019

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Apakah maksud kepimpinan? Proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003). Konsep kepemimpinan adalah keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf sokongan, dan pelajar supaya bersetuju melaksanakan program-program dan melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jabatan sebagai pemimpin. Manakala, organisasi bermaksud suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai untuk menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003).

Terdapat empat jenis gaya kepimpinan :

 1) Gaya Autokratik. 


Guru mengamalkan interaksi sehala. Pengetua memberi arahan-guru hanya mendengar dan menurut sahaja. Guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan memberi cadangan. Sikap pengetua sangat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek. Hubungan antara pengetua dan pihak guru menjadi dingin dan tegang. Motivasi kerja dalam kalangan guru akan berkurangan kerana para guru akan terlalu bergantung kepada pengetua.

2) Gaya Demokratik.


Jenis gaya ini berlaku interaksi dua hala iaitu pengetua akan berbincang, menerima dan memberi pandangan. Sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti. Hal ini kerana gaya ini amat disukai oleh pihak guru dan staf sekolah kerana tiada kekangan dan arahan yang keterlaluan. Gaya kepimpinan ini akan menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan tenang dan gembira. Guru juga dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Oleh itu, jenis gaya kepimpinan ini dapat menggalakkan hubungan yang mesra, hormat dan hubungan yang mesra.

3) Gaya Laissez-Faire.
 Gaya kepimpinan ini bertentangan dengan autokratik. Hal ini dikatakan demikian kerana Laissez-Faire bermaksud tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Pengetua memberi kebebasan sepenuhnya kepada para guru untuk membuat keputusan. Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli. Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli. Hal ini kerana pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru. Oleh itu, pengetua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru, dan kadangkala guru bertindak sebagai ketua.

4) Gaya Kontingensi.
Gaya ini berpendapat tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Kepimpinan mengikut situasi iaitu tidak tetap. Tiga faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu hubungan antara pemimpin dan anggota, struktur tugas, dan posisi kuasa.

 Kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Pengetua berperanan sebagai pemimpin dan setiap guru mempunyai peranan masing-masing. Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Leissez-Faire dan kontigensi. Oleh itu, di dalam sesebuah organisasi perlu ada carta organisasi.


No comments:

Post a Comment

BAB 14 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

"Penyalahgunaan dadah wajar didedahkan kepada pelajar peringkat rendah"...